Friday, July 4, 2008

Road & Off Road

Pagi Jumaat ke Pantai Kok - Telaga HarborPetang ke Rumah Kebun seperti biasa - meracun.




4x4 Jeep Suzuki Jimny 1996 yang diperbaharui. Baru beli 2 bulan. Isuzu Trooper beri dia rehat seketika.












Cadangan Tapak Rumah Percutian Gunung Raya



Asal angan-angan yang bakal menjadi realiti.


Rumah percutian berasaskan struktur besi. Tinggi melebihi 40 kaki. 24 kaki tinggi untuk sampai ke lantai pertama tambahan 8 kaki lagi untuk ke lantai kedua dan 8+kaki ke bumbung. Asas 4 batang tiang besi buka 10x10 kaki. Buka lantai pertama 26x26 kaki dan lantai tingkat 2, 34x34 kaki. Buka lantai tingkat atas lebih besar dari tingkat bawah. [Mohd. Tajalli Bin Abdullah]


Konsep hutan, angin, air, batu dan suasana terbuka. Hutan sedia ada dikekalkan. Sumber asli air bukit : 1.8km poli paip ke punca air atas bukit. Mungkin akan ada kolam ikan air bergerak di tapak cadangan. Pengguna panel solar untuk menghasilkan elekrik telah dicadangkan seperti yang sedia ada pada 'Rumah Kebun'.


AKAN DATANG...

Tapak Rumah Percutian Gunung Raya

Lokasi di laluan masuk jalan ke puncak Gunung Raya. Hutan rimba di tepi jalan. Konsep rumah percutian dua tingkat berstruktur asas besi. Ala-ala rumah pokok.