Wednesday, February 13, 2008

Gambar Terbaru Baru


Langkawi sekarang panas....sangat. Pokok kena siram kerap sikit.
Rumah Kebun telah di cat dgn warna cream dan tingkat atas telah diplaster silingkan..harapan cuaca panas mcm ni tak lah panas sangat dalam rumah nanti. Tak tau bila kerja nak habis. Duit perlahan kerja pun perlahan laaa...
Hari ini dalam sejarah Parliamen dan DUN telah dibubarkan....13 Feb.2008




Tuesday, February 12, 2008

Kemudahan


Ruang dapur dan bilik mandi...
Memasak sambil mengadap "view" pokok pisang..
.....................
ha!!! lupa nak cerita.. Sanusi Efendi member semasa di ITM Perlis baru habis bersembang dgn dia, Zarina Abu Din tunjuk blog ini pada dia....nasihat dan dorongan dari kawan-kawan memang penting. Networking untuk aktiviti masa hadapan.
Nanti bila Rumah Kebun siap sepenuhnya teringin nak jemput semua kawan2 ITM yang suka adventure hutan dan yang teringin nak rehatkan minda. Sesekali sembang dgn kawan lama terimbas kenangan semasa sekolah di ITM....syok ada, tak syok pun ada.....bab belajar, test, quiz, final exam....fuh.. takut....fail subjek acount...suatu yang tak dapat digambarkan....cyborg...


Balik kepada tajuk asal...ruang dapur: dapur bersama meja makan di gabungkan untuk jimatkan ruang. Konsep "masak makan" bukan "masak tunggu makan"
Dedicated to all ITM students....