Cuaca sejuk. Pertama kali sampai di Hanoi suasana tidak begitu pasti dan tidak selesa: Perkara tersebut banyak memberi masalah:
1.Bahasa - orang Vietnam kurang fasih bahasa Inggeris.
2.Makan - amat sukar untuk dapat makanan halal. Walaupun kita tanya pada orang Vietnam sendiri. Perkataan "Muslim" pun mereka tidak faham, inikan pula perkataan "halal. Saya dan isteri bernasib baik ada teman di Hanoi. Pengurus Malaysia Airlines, En. Alias Suut dan isterinya Madam Lin. Kebetulan semasa menghubungi, mereka berada di restoran halal untuk makan tengahari. Kalau tidak kerana itu, makan mee maggie la jawabnya.
3.Matawang - Dong. Di Kuala Lumpur Dong tidak di jual. Terpaksa beli USD. Jual beli barang agak mengambil masa dan keliru.
PERKARA MENARIK DAN MEMENINGKAN
Jalanraya di bandar Hanoi amat sibuk dan yang lebih menarik dan memeningkan ialah bunyi hon kereta atau motosikal tidak berhenti-henti. Kalau di Malaysia orang yang hon-hon macam itu pasti dah kena tunjuk penumbuk. Namun demikian tidak di Hanoi. Bunyi hon seakan ketagihan kepada mereka. Pemandu di sana tidak menganggap hon kederaan yang tak henti-henti tu menganggu, sebaliknya menganggap sebagai bahasa isyarat yang paling mujarab dalam pemanduan selamat. Tiada marah-marah macam pemandu kita di Malaysia. Dari segi pemanduan berhemat dapat kepada pemandu kita di Malaysia. Di sana lampu trafik hanya di ikuti kalau ada polis saja. Kalau tidak ada polis dia langgar macam biasa saja.
No comments:
Post a Comment