I was born in Kulim, Kedah, Malaysia. Graduated in Diploma In Banking Studies, ITM Perlis, Malaysia. Now working in tourism industry in Langkawi Island, Malaysia.
Akan Datang - Rumah Percutian - Gunung Raya Langkawi
Projek Rumah Percutian/Galeri/Sidang Seni di kaki Gunung Raya Langkawi. Konsep Alam Hutan, Angin, Air dan Permandangan. Pembinaan asas tapak akan bermula pada bulan Ogos 2008.
Solar Panel akan menjana elektrik di Rumah Percutian ini seperti penggunaan lampu, kipas angin, pemanas air dan peti sejuk.
Sumber air alam Gunung Raya dialurkan ke Rumah Percutian ini bagi kegunaan isirumah dan kolam ternakan ikan.
SETIAP KENYATAAN AKAN BERMULA DENGAN SATU IMPIAN.
Tun Mahathir
(Klik imej)
Anwar
(Klik Imej)
Ancaman kepada Melayu
Entah mengapa sejak kebelakangan ini sudah timbul ‘keberanian’ luar biasa daripada pelbagai pihak untuk mempertikaikan apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Antara perkara yang semakin lantang menjadi perdebatan atau perbahasan ialah mengenai Perkara 153 berhubung keistimewaan orang Melayu. Walaupun pihak-pihak yang berbuat demikian amat memahami ia sesuatu yang sensitif namun mereka tidak mempedulikan itu semua. Sebaliknya satu demi satu hujah mereka keluarkan bagi menggugat apa yang sudah terpahat dalam Perlembagaan. Persoalannya wajarkah perkara seumpama itu terus menjadi pertikaian? Tidakkah ia sepatutnya dihormati memandangkan ia adalah satu Perlembagaan negara?
Kita mesti ingat di dunia hanya di Malaysia yang wujud Melayu begini, di Indonesia sudah tidak ada, di Afrika Selatan juga tidak ada identiti Melayu sebegini. Kita yang masih tulen dan mempunyai keistimewaan kalau hendak dilihat Melayu di Singapura apa agaknya yang mereka ada.
Apologetik
Apologetik. Orang Melayu terlalu berdiplomatik dengan sifat kemelayuan, sedangkan Melayu sebenarnya kuat dan hebat, tetapi sekarang ini kita terlalu apologetik. Sikap apologetik dan diplomatik, sikit-sikit minta maaf menyebabkan orang naik tocang. Sikap ini kalau dilakukan terlalu kerap orang akan bosan. Saya rasa faktor utama mengapa hak orang Melayu di sisi Perlembagaan sering dipersoalkan ialah tidak tegas dari segi penguatkuasaan dan sifat apologetik. Inilah dua karakter yang menyebabkan Perkara 153 dipijak, menyebabkan kedudukan orang Melayu dipijak sehingga orang Melayu rasa bersalah dan malu untuk mengaku kita sebenarnya ada keistimewaan.
Melayu Liberal ( Melayu yang makan Melayu ) Dan Melayu Perlembagaan
Kelompok ini yang menjadi racun, saya sebut ini adalah Melayu yang makan Melayu, Melayu yang menjadi racun kepada Perlembagaan. Tidak mustahil mereka yang mencetuskan semua ini. Mereka yang nak jadi juara memperjuangkan hak sama rata, tanpa memahami sejarah Perlembagaan secara semangatnya. Mereka melihat Perkara 153 itu seolah-olah membawa pandangan buruk kepada Melayu, mereka rasa keistimewaan itu macam bantuan kepada orang cacat, benda yang buruk kepada orang Melayu. Ini menjadikan orang memijak Perlembagaan. Mereka ini tali barut yang menjadikan Perkara 153 dan orang Melayu sendiri bencikan keistimewaan Melayu. Kita tidak menafikan perkembangan mutakhir ini menunjukkan wujud dua Melayu iaitu Melayu liberal dan Melayu Perlembagaan.. Kita lihat suara untuk kesamarataan ini semakin berkumandang tetapi ia seolah-olah menjurus kepada bidang tertentu sahaja?
SANTA LEFT HIS RIGHT SHOE AT CHRISTMAS.
-
SANTA LEFT HIS RIGHT SHOE AT CHRISTMAS.
Christmas is just around the corner and I got no idea what to do.Something
should be done, it should be
bigger,s...
1 comment:
Nampak macam 'loaded'tapi gaya tuu adala...sikit-sikit.
Post a Comment